Monday, February 16, 2009
Kontroversi: Misteri Gambar Bogel, Khir Toyo Mahu Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong Letakkan Jawatan DUN Dengan Segera !!
PETALING JAYA [5.28 pm] - Barisan Nasional (BN) Selangor mahu Exco Kerajaan Negeri itu, Elizabeth Wong meletakkan jawatan tersebut selain mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan ekoran pendedahan gambar-gambar berkeadaan separuh bogelnya.
Ketua Pembangkang di DUN Selangor, iaitu "Doktor gigi" Khir Toyo (foto) berkata, rakyat Malaysia tidak mahukan pemimpin-pemimpin yang berhadapan dengan skandal.
Oleh itu, beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata, Wong seharusnya meletakkan jawatan.
"Ini adalah isu moral dan rakyat Malaysia tidak boleh menerima pemimpin yang mempunyai isu moral dan oleh itu beliau mesti mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Bukit Lanjan).
"Biarkan rakyat yang memutuskannya dan jika mereka mahukan beliau (Wong) lagi, mereka boleh mengundi atau memilih sesiapa sahaja jika mereka tidak mahu beliau (Wong) lagi," kata Khir Toyo bekas MB yang "gila meroyan" itu.
[Lucu benar melihat kenyataan mantan MB Selangor itu, kononnya rakyat Malaysia tidak mahukan pemimpin yang berhadapan dengan skandal.
Manis benar apa yang disuarakan oleh Khir Toyo iyu.
Macamlah puak-puak UMNO itu tidak terlibat skandal yang lebih dasyat dari itu.
Kenapa Khir tidak suruh Najib Razak letak jawatan, Mat Taib letak jawatan serta ramai lagi pemimpin UMNO yang cukup terkenal dengan skandal mereka selama ini.
Berani menyuruh Elizabeth Wong letak jawatan, padahal beliau baru dituduh dan belum tentu kesnya itu benar atau tidak.
Inilah dia budaya puak-puak UMNO, jika terkena pada batang hidung sendiri mudah sahaja mereka menolak dengan berbagai alasan dan mengatakan segalanya dalah fitnah semata-mata.
Masa dihebohkan gambar Najib dengan Altantunya, maka TPM itu mengatakan ia fitnah dan ada niat jahat.
Apakah Elizabeth juga tidak boleh berkata demikian.
Mungkin ada orang yang berniat jahat terhadap beliau dengan melakukan perbuatan tersebut untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di negeri Selangor sebenarnya].

kau bagi kasut.aku pulak.Baik kau jangan kecoh2 Dr Khir,kau diam2 je sebelum aku bagi kau PENYAPU
ReplyDelete